Sunday, March 13, 2011

Saya Ingin Percaya

Saya meminati X-Files. Anda minat?

Saya teringat satu episode, Mulder telah menemui seekor(?) jin didalam sebuah permaidani (sterotaip Jin di barat) yang boleh menunaikan 3 hajat beliau. Scully, pasangan pesimis Mulder, meragui kenapa Jin tersebut mahu menunaikan hajat orang lain. Dan Jin tersebut menggesa mereka untuk menunaikan 3 hajat itu.

Hajat Mulder: Keamanan Dunia atau World Peace-Jin tersebut menunaikannya, maka Mulder mendapati beliau tinggal keseorangan di seluruh dunia. Tiada manusia lain, mahupun Scully. Maka dia pun bertanya pada Jin tersebut, mengapa begitu..

Jin tersebut menjawab “selagi ada manusia, selagi itulah dunia tidak akan aman. Selagi itulah perang akan berlaku’

Pengajaran: World Peace is A Wishful Thinking. Walaupun begitu, kita mesti cuba sehabis baik untuk mencapai kemanan.

Post ini didedikasi kepada Rakyat Libya yang berusaha mencapai kebebasan dan walaupun anda terhimpit dan dizalimi oleh Gaddafi Si Diktator, percayalah, kami bersama anda!


p/s: pengakhiran pada 3 hajat Mulder, 1. World peace 2. Reverse the first wish lol 3. Free the genie.
Rupanya, kalau seseorang berjaya membuat 3 hajat, dia akan menggantikan tempat Jin tersebut. Tetapi, oleh kerana semua orang selfish, sumpahan itu tidak pernah selesai. Dengan bertindak altruistik, Mulder telah menyelamatkan dirinya, membebaskan Jin tersebut dan menyelamatkan orang-orang lain selepasnya jikalau sumpahan tersebut masih berterusan...

No comments:

Post a Comment

we're all calm, rational people rite?