Monday, April 18, 2011

Tugas Baru:Pemerhati Berat Badan

Para guru akan diberikan tugas baru iaitu memastikan berat badan
anak-anak murid mereka tidak melebihi berat ideal/optimum 
supaya pabila mereka dewasa, tiada generasi yang obes.

Rupanya Malaysia merupakan negara paling ramai obes di Asia 
Tenggara dan keenam paling obes di Asia---ha, inilah 
MALAYSIA BOLEH lolol

Memang begitulah adatnye, bile nak rectify something, maka
beban akan tergalas di bahu pendidik. Taklah nak komplen
sangat (huu~) tapi mmg banyak tugas ditolak pada guru hmmm..

Tengok berita AWANI tadi dan kementerian akan senaraihitamkan
kantin2 yang menjual makanan2 yg tak sihat...
Masalahnye ialah makanan semakin mahal dan sudah resmi dunia,
semakin bagus sesuatu benda itu, semakin mahallah harganya
Tengoklah sayur2 organik makaih 4-5 kali ganda harga sayur 
berpestisid..

Kebanyakan makanan yg dijual dikantin adalah jenis frozen food
yg kaya dgn trans-fat-lemak PALING BAHAYA yang paling 
sukar dibakar berbanding lemak tepu dan tak tepu. Contoh,
burger, nugget, karipap, popia... Tuh belum lg yang digoreng
deep fry seperti roti bersalut telur, burger goreng (eewww..)
pisang goreng dan lain2. Camner nk control? Budak2 bukannye
tahu ape yg bagus untuk die.. Lepas nih mesti naik harga kuih muih
tuh, sbb cam rokok dan mee segera, mereka dengan bodohnye
menaikkan harga untuk menyekat ramai dari menghisap dan 
memakannya.

CADANGAN
-Kantin juallah makanan yg bersup2 shj.. atau jual ubi rebus,
  keledek rebus pun sodap
-Jual salad buah, salad sayur dan yogurt boleh? takpun
sandwich-tuna sgt bagus sbb ade Omega dan DHA utk otak..
-toksah dah jual air bersusu yg menggunakan susu pekat manis
cam teh susu, nescafe dan milo. Jual yang kosong-kosong shj.
Tengok cam Jepun, sbb badan pelajar2 mereka langsing
ialah kantin sekolah mereka hanya jual air kosong atau green
tea tanpa gula.

p/s; sy tahu, sy pun paku dulang paku serpih, tp menu dikantin
adalah menu yg same sejak sy kecik... kenape tak ubah?

4 comments:

  1. hoh? pulak dah! adeh. jaga berat badan pun jadi keje cikgu jugak dah. kalo mcm tu, lengkapkan sekolah dengan gymnasium segala so cikgu pun boleh sama berseronok, xdela rasa menyampah sgt dgn idea tu. -Ami-

    ReplyDelete
  2. Amirah... I know, rite? :))

    Ami-yela, lupe lak nak masukkan point tuh. Dh ingat nk tulis semalam. Sekolah2 patut dilengkapi gym supaya we can all workout.. nice idea!! :))

    ReplyDelete

we're all calm, rational people rite?