Tuesday, April 26, 2011

Gerai ITNM di Pesta Buku PWTC 2011



TIAP-TIAP tahun pergi ke pesta buku di PWTC jadi macam tak
terasa kemeriahannya. Tapi tahun nih semangat sket sbb nak pergi
ke gerai Institut Terjemahan Negara (ITNM) kerana judul-judul
buku yang ditawarkan amatlah cantik, menarik kau memang dabomb 
gitu heheh XD

Apakan daya, nafsu membeli memang Ya-Allah, kalau boleh angkut
semua @.@ dan buat personal library tapi saya hanya mampu membeli 3
judul sahaja..






Mesti ramai tanye apasal sy beli buku2 kisah kisah dongeng?
Sebab saya nak mendalami cara pemikiran rakyat sesebuah
negara. Ianya sangat menarik kerana saya nak tahu mengapa
mereka berfikiran begitu, dan pastilah kisah kisah dongeng
yang diceritakan dalam cerita2 rakyat agak mempengaruhi-
seperti kisah Hang Tuah dan Mahsuri yang mempengaruhi
perwatakan dan jiwa masyarakat Melayu, sepertimana
Kisah Ramayana dan Mahabrata mempengaruhi pemikiran
masyarakat India serta Pengembaraan ke Barat dan Kisah 
3 Negara mempengaruhi masyarakat Cina..

Disamping itu saya bertemu juga dengan judul2 buku yang
saya pernah baca dan gemari di zaman remaja seperti





Rasanya seperti di sekolah menengah semula apabila terjumpa buku
'Badai Semalam' dan seperti baru semalam menyorok di belakang
abah semasa menonton adaptasi drama 'Seorang Tua di Kaki Gunung'
ketika mereka mahu memotong kakinya yang tersepit dihimpit balak...

Terdapat juga buku-buku sastera Melayu yang hebat yang saya masih
belum dapat menjamahnya seperti

TULANG-TULANG BERSERAKAN-Judul yang amat hebat dan menghambat jiwa



Saya tabik kepda ITNM kerana berusaha mendaulatkan sastera-sastera
tempatan dengan menterjemah ke bahasa2 asing seperti Perancis, Jerman,
Thai, dan Mandarin. Kualiti buku yang dihasilkan amatlah tinggi-rugi kalau
dah pergi tapi tak beli X((

P/S: Guru2 yg ingin membeli buku2 terbitan ITNM untuk sekolah akan
mendapat diskaun 40% sepanjang Bulan Buku. Apa lagi?

Rujukan : laman rasmi ITNM

No comments:

Post a Comment

we're all calm, rational people rite?