Thursday, April 21, 2011

Kosmetik Disenaraihitam


Kementerian Kesihatan telah menyenarai hitam beberapa
produk kosmetik kerana menancam kesihatan pemakai.
Mereka ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana dan  
Natasya Gold Krim Herba dikatakan mengandungi tretinoin 
dan hydroquinone sementara Biotox Whitening Hydro Cream 
mengandungi dexamethasone dan Yoko Whitening Cream 
serta Sue Beauty Night Treatment Cream mengandungi tretinoin.
TRETINOIN: boleh menyebabkan penglupasan, kemerahan kulit
ketidakselesaan dan sensitif pada cahaya matahari

HYDROQUINONE: pelunturan warna kulit, hypersenstiviti dan 
pengelapan biru kehitaman pada kulit

Ia menghalang proses pigmentasi dan menghilangkan kebolehan
kulit untuk menghalang sinar UV dan membawa pada kanser kulit

DEXAMETHASONE:sejenis stereoid boleh menyebabkan masaalah 
kulit, kulit kering, jerawat, penipisan kulit dan meningkatkan risiko
jangkitan kulit.

Penggunaan berterusan boleh menggangu kelenjar adrenal, 
metabolisme dan kegagalan tindakan sistem imun
-------------------------------------------------------------------------

waah... bahaya sungguh produk2 nih. Risau pulak bacer sbb adik sy
seorang tuh pengguna setia satu produk di atas. Lepas nih nak kene
nasihatkan dia supaya berhenti menggunakannya...
Dahlah beli mahal-mahal, rupanya memudaratkan...

Baik buat sendiri. Beli jer ape2 jenis buah pastu tepek kat muke..
Serius nih... Buah oren atau limau untuk cerahkan kulit... aloe
vera untuk haluskan kulit... timun untuk kenyalkan kulit...santan
kelapa untuk gebukan kulit...
Paling sempoi, kalau dah teruk sgt, ambik jer air basuhan beras...
Kalau beras organik, basuhan pertama dah ok dah... tapi kalau
beras yg biasa kite beli kat kedai tuh, ambillah basuhan yang
ketiga... boleh terus tepek kat muke atau kalau rajin, rebus air tuh
dan simpan dalam bekas... boleh buat toner tuh...

Saya tahu sbb sy buat sendiri... cubalah.. selepas 2 minggu
akan terasa perbezaannya..  :-))

3 comments:

  1. kehkehkeh kak intan ke??? kehkehkehkehhhhh

    ReplyDelete
  2. habehhh sape lagii... takkan yang laki tu kottt??? harharhar

    ReplyDelete

we're all calm, rational people rite?