Seminggu menyepi tanpa entri baru kerana sibuk dengan
kerja-kerja dunia yang memnag tak akan habis sampai la bersara lol
Tapi saya sempat lagi melayan satu cerita drama Korea sageuk,
ala-ala settingnya pada zaman dahulu kala. Tajuk cerita tuh ialah
The Duo yang mengisahkan Chun Doong dan Gwi Dong yang
lahir pada hari yang sama, yang telah bertukar tempat. Chun Doong
sebenarnya adalah anak kepada keluarga Kim yang terkenal dan
berstatus bangsawan. Ibunya meninggal dunia selepas melahirkan
dia, maka ayahnya mengupah ibu susuan, Mak Soon, yang baru
melahirkan anak. Mak Soon, seorang hamba yang lari dari tuannya,
tidak ingin anaknya hidup menderita sepertinya maka pada satu
malam bertindak menukar anaknya dengan anak bangsawan tersebut.
Chun Doong yang ensem. Walaupun hidup melarat tapi tetap gentleman. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi... |
Serius sedih citer nih. Kesian sangat dengan Chun Doong. Apela
nasib budak tu. Dahla jadi pengemis, kena hina dan kene pukul
selalu. Chun Doong pun suke akan heroin utama citer nih, NDong Nyeo
tapi Dong Nyeo suke kat Gwi Dong. Bile pikir-pikir balik, apesal
la nasib die malang sangat. Rupanya SEBAB DIA
TAKDE EMAK!! Betulkan? Sebab kalau mak dia
masih hidup, mesti ayah dia tak desperate sangat nak cari ibu
susuan. Pastuh kalau emak dia ader, mesti hidup Chun Doong
tak jadik camtuh. Mesti minah bodo tuh tak berani tukar anak
sesuka ati die...
Pengajaran: Hargailah ibu anda. Hidup anda sekarang ini
kerana insan bernama ibu yang berkorban segala-galanya
untuk anda.
No comments:
Post a Comment
we're all calm, rational people rite?