Semasa saya kecil, saya pernah menziarahi atuk sedare
saya yang memang setiap kali raye saya pergi melawat
beliau. Mase tengah syok minum air gas, atuk tuh pun
bercerita pasal mimpinya malam tadi. Beliau bercerita
yang beliau telah bermimpi bertemu dengan baginda
Rasulullah S.A.W. Masih saya ingat akan butir cerita atuk tu.
Kata beliau, wajah Rasulullah amat indah, melihat beliau
bagaikan melihat bulan purnama. Malam yang gelap kan
menjadi cerah. Warna kulit Baginda amat lain daripada
yang lain, seolah-olah Baginda bukan berasal dari bumi.
Beliau turut berkata beliau amat merindui untuk bertemu
dengan Rasulullah S.A.W.
Semasa atuk bercerita, saya terdiam. Yelah, baru 12 tahun, saya
tak tahu apa-apa. Semasa di kereta dalam perjalanan pulang,
terdengar pakcik dan ibu berbual. Mereka mengatakan bahawa
pada kebiasaanya, orang yang bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W
amat beruntung dan dinaikkan martabatnya. Dan pada kebiasaanya
juga, mereka akan meninggal tidak lama kemudian.
Benar juga bualan ibu dan pakcik. Hari Raya pada tahun seterusnya,
atuk sedara saya itu telah tiada. Allahu Akbar! Semoga atuk saya tuh
ditempatkan di jannah bersama-sama Rasulullah S.A.W yang dirindui..
---------------------------------------------------
KENAPA KITA MESTI MENCINTAI RASULULLAH S.A.W?
- The Most Influential Person in History....TWICE!
- Semasa Baginda berdakwah di Tha'if, Baginda S.A.W
telah dilontar batu bata sehingga berdarah. Apabila datang Malaikat
Jibrail kepadanya mengatakan 'kalau kamu mahu mahu, akan
aku hancurkan kampung ini dengan gunung ganang disekelilingya'
Mendengar tawaran malaikat itu, Rasulullah saw. dengan sifat kasih sayangnya berkata,
"Walaupun mereka menolak ajaran Islam, saya berharap dengan kehendak Allah,
"Walaupun mereka menolak ajaran Islam, saya berharap dengan kehendak Allah,
keturunan mereka pada suatu saat nanti akan menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya."
Berkat kasih dan kesabaran Rasulullah S.A.W, penduduk Tha'if kemudiannya
memeluk Islam dan sehingga kini kuat berjuang untuk agama tercinta ini
- Kebanyakan Nabi/Rasul selepas kewafatan mereka, diangkat ke langit,
tetapi Rasulullah S.A.W, kuburnya di Madinah, dan menanti di sana. Baginda
pernah berkata bahawa dia ada di makamnya-dan sesiapa yang menziarahi
makam disana, samalah seperti menziarahi Baginda ketika masih hidup.
-umat Muhammad mempunyai keimanan yang menakjubkan.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda,Tahukah kalian siapakah yang imannya menakjubkan Allah ?
Para SAHABAT menjawab : Tentu saja para Malaikat Ya Rasulullah.
'Itu telah jelas bagaimana para Malaikat tidak akan beriman kepada Allah,
Sementara mereka tahu benar apa yang diperintahkan oleh Allah'
jawab Rasulullah S.A.W
Lalu para SAHABAT melanjutkan lagi, 'para Nabi Nabi Allah, Ya Rasulullah.'
'Bagaimana mungkin para Nabi tidak beriman kepada Allah, sedangkan Jibril selalu datang kepada mereka dengan perintah dari langit,' jawab Rasulullah S.A.W lagi.
'Tentunya sudah pasti para sahabat Tuan yang hebat keimanannya'.
'Bagaimana para sahabatku tidak beriman sementara mereka menyaksikan sendiri Mujizatku, dan Aku selalu memberi kabar tentang Wahyu wahyu yang aku terima.'
Dan pada saat itu para SAHABAT terdiam untuk memikirkan jawabannya.
Kemudian Nabi SAW melanjutkan kata katanya : 'Orang yang imannya sangat mengagumkan adalah mereka yang datang setelah Aku, mereka beriman kepadaku padahal mereka tidak melihatku dan mereka membenarkannya, padahal tidak kenal aku kepada mereka semua. Maka mereka mereka itulah yang akan menjadi teman temanku.'
-Semasa Nabi Musa A.S mendengar cerita mengenai kelebihan umat Muhammad
S.A.W, beliau berkata' kalau begitu aku pun mahu jadi umat Muhammad'
Nah, tidak cukup lagi untuk mencintai Rasulullah S.A.W?
-Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memanggil Rasulullah dengan menyebut nama beliau, akan tetapi dengan menyebut “wahai nabiku.” Sedangkan nabi-nabi sebelumnya dipanggil dengan menyebut nama mereka.Kerana itualah tidak dibolehkan bagi siapapun yang memanggil Rasulullah Saw dengan menyebut nama. Sedangkan nabi-nabi sebelumnya telah dipanggil umatnya dengan sebutan nama.
Janganlah kamu jadikan panggilan Rasulullah S.A.Wdi antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang berangsur-angsur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (QS. An-Nur 63)
-Firman Allah yang bermaksud, 'Dan Kami tidak utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai Rahmat sekelian alam (Al Anbiya':107)
SALAM MAULIDUR RASUL!!