Sunday, August 22, 2010

Yang Benar dan Salah

Sekarang heboh bercerita tentang pengetua yang bersifat perkauman. Pengetua tersebut, menurut laporan polis, telah mangatakan 
"SAYA BAWA KERETA PROTON SAGA. AH CHONG & MUTHU MENUMPANG DALAM KERETA SAYA. KAMI SAMA-SAMA MENUJU KE SATU DESTINASI.TETAPI ITU TIDAK MENJADIKAN AH CHONG &MUTHU MEMILIKI KERETA PROTON SAGA TERSEBUT KERANA SAYA TETAP PEMANDU" (dipetik dari facebook page yg menyokong beliau) Facebook page tersebut juga mengatakan Pengetua tersebut dikatakan tidak bersifat perkauman dan hanya MENYATAKAN APA YANG BENAR. Menurut laporan polis tersebut, Pengetua tersebut juga didakwa mengatakan “Orang Cina dan India boleh balik ke negara asal masing2” dan “orang India memakai tali merah seperti anjing”

ISH ISH…Apa la punye manusia. Macamana pula analogi mengenai menaiki kereta itu bukan sesuatu yang bersifat perkauman. Tahu tak perkauman itu bermaksud apa? Menurut dictionary.com,

–noun
1. a belief or doctrine that inherent differences among the various human races determine cultural or individual achievement, usually involving the idea that one's own race is superior and has the right to rule others.
2. a policy, system of government, etc., based upon or fostering such a doctrine; discrimination.
3. hatred or intolerance of another race or other races

Jadi bagaimana pula anda mengatakn pengetua tersebut tidak rasis? Perkataan rasis itu sendiri diambil dar bahasa inggeris. Buat yang tak faham sangat BI mari saya terangkan maksud yang pertama

1. Satu kepercayaan atau doktrin bahawa perbezaan warisan dikalangan bangsa menentukan kejayaan budaya atau individu, selalunya mengenai idea bahawa sesuatu bangsa itu lebih hebat dan berhak memerintah/menguasai bangsa-bangsa lain

Menurut DBP online pula (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasis) Orang yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau yang mendukung pendukung utama kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

Maknanya, jika anda percaya Bangsa Melayu itu lebih unggul dan hebat bebanding bangsa2 lain atas sebab bangsa itu sahaja, ANDA RASIS! Mudah. Tidak perlu anda beritahu saya dia pengetua cemerlang ke, mengajar 100 tahun for all I care-A racist is still a racist.

Saya ni terpelajar orangnya serta saya banyak membaca. Anda tidak perlulah menakut-nakut kan saya dengan mengatakan “JIKALAU MALAYSIA TIDAK DIPERINTAH OLEH BANGSA MELAYU, BARULAH RASA MACAM MANA SEKSA. MASA TU, NAK UBAH DAH TERLAMBAT.“ My answer is SO WHAT? You think I am a little kid who can be scared with things that that? Saya bukan budak kecik yang boleh dimomok-momokan dengan “takut hantu so jangan keluar malam” Apa, bangsa melayu sahaja ke yang ader perasaan dan hati perut? Jadi bangsa2 lain didunia ini semua lebih teruk dari haiwan dan tidak mempunyai perasaan seperti orang lain. BODOH! Bangsa mana yang hari2 buang anak masuk dalam newspaper? 80% MELAYU (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/police-say-most-baby-dumping-cases-involve-malays/) Cube kalau seseorang panggil anda dan kata “ANDA BERTUDUNG SEPERTI MAYAT” atau “ANDA PAKAI SERBAN SEPERTI TALIBAN” Marah tak? Rasis tak orang tu? OH TAU MARAH YER. Tapi bangsa lain tak boleh marah? Awak jer yang boleh?

TERIMALAH HAKIKAT. Anda tinggal di SEBUAH NEGARA MAJMUK. Dahulu, memang Melayu penduduk asal (THOUGH DISPUTABLE sebab habis tuh, Orang Asli camner? But for the sake of argument we’ll let that slide first) tetapi selepas kemerdekaan, banyak perkara telah berubah. Kita sudah 53 tahun terlambat untuk mengubah segala-galanya kepada status quo yang asal. Sekarang kita bermasyarakat majmuk. Sedarlah dan terimalah. Berpijaklah di bumi yang nyata.

Jikalau anda beragama ISLAM, kembalilah pada ajaran Islam. Islam menyuruh kite menghormati agama2 lain dan bertolak ansur. Bacalah AL-QURAN degan tafsirnye lain kali ye,

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. " ( surah Al-Kafirun, ayat 1-6)

Tak cukup lagi? Mari saya tambah,
Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Hujuraat ayat 13

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Ini pula sabda Rasulullah SAW yang dicintai, yang bermaksud,

"Hai manusia sekalian! sesungguhnya Tuhan kamu ialah Esa! Ingatlah tiada kelebihan buat seorang Arab atas seorang ajam(bukan bangsa arab), dan tidak juga seorang ajam atas bangsa arab, dan tidak pula seorang yang berkulit merah atas yang berkulit hitam, dan seorang yang berkulit hitam atas yang berkulit merah, melainkan dengan taqwa sajalah. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di antara kamu"(Riwayat Baihaqi)

Lagi satu, daripada Kekasih Allah juga,

"Hendaklah kaum-kaum yang suka membangga-banggakan datuk-nenek mereka yang sudah mati itu berhanti dari ucapannya itu! kerana mereka semua telah menjadi arang api neraka. kalau tidak mereka akan menjadi lebih hina di sisi Allah daripada lipas yang mencium taik dengan muncung hidungnya. sesungguhnya Allah telah melenyapkan akar umbi jahiliah dan kebanggaannya dengan datuk-nenek. Tidak lain hanyasanya dia itu seorang mukmin yang bertaqwa dan seorang jahat yang derhaka. Semua manusia itu asalnya anak adam, dan adam pula dijadikan dari tanah"(Riwayat Abu Daud dan Termidzi)

KISAH BENAR
Saya pernah tinggal serumah selama 2 tahun dengan 3 kawan saya peribumi Sabah, seorang Kadazan, Murut dan Dayak. Mereka beragama kristian. Pada mulanya agak susah sebab non-muslim kan (prejudis saya) Tapi, mereka sangat baik. Kami makan bersama2, bercerita bersama2 dan buat hampir segalanya bersama2. Mereka sangat menghormati agama Islam-mereka kejutkan kami kalau kami terlambat bangun subuh. Kami selalu bercerita mengenai agama masing2. Sampaikan saya tahu apa itu RC, Protestant, Anglican dan 7th Day Adventists. Anda tahu? :) Kalau berpuasa, mereka sembunyi2 makan (kami tak kisah pun, tapi mereka kisah) dan kami selalu berbuka puasa bersama2. Saya pernah bawa Emeretiana balik rumah mak dan mak saya sangat sayang pada Dina(nama manjanya). Itulah, konsepnya mudah kalau kita saling hormat-menghormati sesame Agama dan Bangsa.

KESIMPULANNYA
Tontonlah video di bawah ni. Saya amat menghormati pakcik yg melindungi pelajar tersebut. Anaknya bekerja dan dihantar bertugas di Iraq, tetapi dia tidak rasis. Benar tetap benar dan salah tetap salah.

1 comment:

  1. wah bersemangat ni.... kena ketengahkan artikel macam ni.... baru la kita dapat sudut pandangan yang lebih luas..Berkawan Jom

    ReplyDelete

we're all calm, rational people rite?