Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
(Komen personal saya dalam bracket ye)
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
(which means 3/4 men that I know are excluded ngeh ngeh..)
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
(kalau budak2 mude SANGAT JARANG ade sifat nih.. dah tue nanti baru nampak kebanyakkanye. Ade gak yg dah tue pun tak sedar2 diri)
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
(ehem...sendiri mau paham arr..)
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
(susah susah..)
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
(kebanyakkan lelaki akan mempunyai pandangan yg berbeza dengan wanita tentang cara berbelanja dengan bijaksana..)
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
(lihat komen no 2)
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
(lihat komen no 2)
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
(yang ini ramai lelaki LULUS :))
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
(Ade yang melampau sangat. Langsung x hirau isteri dan anak2, terutamanya apabila isterinya bekerja. Langsung x beri duit belanja, Siap ungkit lagi kalau beri...)
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau semasa kecemasan.
(Ramai ader wjah yg macam BUAT BODO JER slalunye ahahaha xDDD)
Pengalaman sendiri: Saya pernah diajak keluar berjumpa pada waktu malam; apabila saya menolak, saya dikata berlagak lebih alim dari ustazah-ayatnya "ustaz dan ustazah pun keluar malam jugak" Siap mengata lagi apabila saya katakan saya tidak ke masjid pada waktu malam- "ingatkan alim sangat tapi x pergi masjid pada waktu malam"
Subhanallah.. Ya Allah, berat sungguh ujian untuk mengikuti jalanMu Ya Allah..
seperti biasa, diambil dari orang lain
(sebab diri sendiri x cukup ilmu..)
No comments:
Post a Comment
we're all calm, rational people rite?