Thursday, April 29, 2010

Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak 
Esok jangan rindu rinduan











Hari ini kami SESERI telah menerima kunjungan dari sahabat seperjuangan pss kami dari Sains Seremban (SASER). Mereka hadir di SESERI untuk membuat benchmarking di pss kami yang tidaklah seberapa. Kami amat berbesar hati di atas kehadiran mereka.
GPM PS SASER, Pn Suhaida is an English teacher like me so there were many things to chat about. And as usual the kids-librarians were the ones who seemed to be having fun the most. Satu kenyataan mereka mengenai SESERI amat memeranjatkan saya-
"besarnya sekolah". Saya terkejut kerana saya dah melawat agak banyak sekolah SBP
di serata Malaysia atas sebab HKSBP dan setakat ini, memang SESERI adalah sekolah yang terkecil saya pernah hadir. Ini membuatkan saya terfikir akan saiz sekolah mereka..
Walau bagaimanapun, kami amat gembira menerima mereka kerana mereka sangat positif, ceria dan peramah. Pada mulanya mereka amat malu-malu tetapi selepas sesi perkenalan mereka sangat mesra dan memahami. Kerana kekangan masa dan ingin mengelakkan kesesakan trafik Sungai Besi, mereka terpaksa bertolak pada jam 5.30 petang. Tetapi agak kelakar kerana pengawas ps mereka harus 'dipaksa' untuk naik ke bas. Namun kami telah banyak belajar dari mereka and the spirit of librarians seems to have rubbed on us. 
Oleh itu, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rombongan PSS SASER dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke sini di lain kali. ^v^


in libris libertas

No comments:

Post a Comment

we're all calm, rational people rite?