1) Bolehkah menggunakan produk
ciptaan Yahudi?
Kesimpulan
bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli,
menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana
ia dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam
hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran
dengan seorang yahudi,
iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ
إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan
dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju
besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.
Copy pasted from Facebook, Yahudi & Status Hukum by Ustaz Zaharuddin
No comments:
Post a Comment
we're all calm, rational people rite?