Gather shards of the moon, decorate a dream and sleep Even if I scatter the sands of time I know I can never return to those days
Saturday, November 14, 2009
Wanita itu Ibarat Epal
Hari ini saya menghadiri satu kursus khas anjuran
sekolah. Penceramah yang memberi taklimat itu
bagus orangnye, tapi saya rase terpanggil
membetulkan hujah beliau akan mengapa
persekitaran sekolah itu perlu cantik dan ceria-
beliau membandingkan persekitaran sekolah itu
dengan wanita. Kata beliau,
"Di dalam Islam, memilih isteri haruslah yang
cantik paras rupanya"
Masya Allah... Saya mengucap panjang. Beginilah
yang terjadi jikalau seseorang itu belajar sesuatu
sekerat jalan sahaja. Hadis Rasulullah SAW itu
bermaksud begini,
“Dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikannya,
keturunannya,kekayaannya dan agamanya.
Maka, pilihlah dari segi agamanya, nescaya
beruntunglah kedua tanganmu,”
dan
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan
kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka
akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya,
kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai.
tetapi kahwinlah kerana agamanya.
Sesungguhnya seorang budak perempuan
hitam yang pecah hidungnya tapi beragama
adalah lebih baik."Baginda bersabda lagi
yang maksudnya:"Barangsiapa berkahwin
akan perempuan kerana hartanya dan elok
rupanya nescaya diharamkan akan hartanya
dan elok rupanya yakni ditegahkan akan
hartanya dan eloknya, dan barangsiapa
yang berkahwin akan dia kerana agamanya
nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia
akan hartanya dan eloknya."
kesimpulannya, memiih isteri biarlah kerana
agamanya, kerana wanita yang baik itu
adalah untuk lelaki yang baik. Dan janganlah
kita hanya belajar sesuatu sekerat jalan,
bimbang menyesat dan memudaratkan umat..
Saya akhiri post saya hari ini dgn mutiara kata
yang menyentuh jiwa saya,
"...Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak
berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak
mampu dibeli berada dipuncak, sukar untuk
dipetik, sukar untuk digapai..Kadang-kadang
epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?
..Lantas ia merendahkan martabatnya dan
menggugurkan diri menyembah tanah,
sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan
begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa
yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang
benar-benar hebat sahaja yang mampu,
mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana,
insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia
asalkan cinta Ilahi mengiringi..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
we're all calm, rational people rite?