Tahun ini genap 31. ntahla, rase cam dah tuueeee sangat.
Mungkin sbb aku ni mengajar kat sekolah dan berada di
samping pelajar-pelajar yang senantiasa 16 dan 17 tahun.
Kalau difikirkan aku nih mude lagi tp tahla, semakin
suke bernostalgia perkara2 lampau..
contohnye cite2 yang aku suke tengok mase kecik2 dulu..
abah aku slalu bising nak tengok cite2 P. Ramlee walau
dah diulang beratus kali.. tapi aku faham, dia nk menonton
bukan sebab dia nak amik pekse (wohoo :P) tapi mesti ade
kenangan di belakang setiap filem P. Ramlee tuh.
Berbalik pada aku, mase kecik2 dulu (sek rendah arr) 1986-1991
banyak betul citer Jepun kat RTM TV1 yg besh2 contohnye
Moero Attack (sommersault berpusing..!!) lol sampaikan SEMUA
kawan pempuan aku NAK MAIN BOLA TAMPAR kuang kuang :3
Ada satu lagi cite Jepun pasal cikgu mengajar kat sekolah, yang aku
ingat nama cikgu tuh Tokugawa dan Matsumoto (ensem abih hoho )
Ingat sangat sebab ending die cikgu tuh kat padang menari, pastu
anak murid die datang dan menari sama lol
tapi satu cite yg aku ingat sebab panjaaaaaaaannng sangat
dan heronye sangat ensem ialah 'akantare' yg bermaksud
'seorang yg pemalu' ceewah.. tp citernye penuh melodrama..
sini ader lagu opening nye..besh giler, syahdu syahdan mendengar hoho
PLOT
-Hideyoshi, seorang tauke kain sutera meninggal dunia dan
meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Anak bongsu
lelaki tuh memang x gune, anak sulung perempuan tuh yg
menjaga perniagaan ayahnya dan anak kedua Tomie tuh
memang baik sangat.
-Pada majlis pengebumiannya, seorang wanita hadir
meninggalkan anak lelakinya untuk menghadiri pengebumian
dan dia menyatakan bahawa itu adalah anak Hideyoshi.Wanitu
itumenghilangkan diri tapi berjanji dengan anaknya bahawa
mereka akanbertemu semula jika Hidetaro dapat diterima oleh
keluarga tirinya.
-Bermula lah kisah sedih Hidetaro,walaupun ayah dan ibunya
berkahwin sebelum ayahnya berkahwin dengan anak gadis
tuan punya kilang kain tuh, dia digelar dan dilayan seperti
anak luar nikah. Dia tidur dan makan di luar seperti hamba/pelayan
yang lain pada umur yang sangat muda(7 tahun). Sebenarnya
mereka nk menghalau dia tapi x boleh sbb dia berhak ke atas
harta kerana dia sempat menghadiri pengebumian ayahnya.
Hidetaro pun bukan nak sangat harta ayahnya, tapi kerana
dia ingin sangat bertemu dengan ibunya maka dia tinggal
di situ dan membantu memajukan kilang tersebut.
-Selepas 10 tahun (dah besar dan ensem huahua) dia masih
lagi dilayan seperti sampah namun perniagaan ayahnya
terjejas kerana sikap adik lelakinya yg jahat tuh. Hidetaro nih
bertungkus lumus menaikkan semula nama dan maruah
kilang tersebut. Dia menghadapi pelbagai cabaran terutamanya
dari keluarga tirinya [Kak Longnye tuh tak abis abis marahkan die
sebab menganggap die nk rebut kilang tuh dari adiknye(yg lelaki
x gune tu)] Tomie, kakak kedua tuh baik sangat dengan die
dan sentiasa menyokong die dalam apa jua keadaan.
-Akhirnya, ibu tirinya dan Kak Longnye menerima die sebagai
ahli keluarga selepas yakin akan keikhlasan beliau. Akhir
cerita nih, Hidetaro bertemu semula dengan ibunya yang
datang secara senyap-senyap menjenguk beliau yang
sangat disayangi di keluarga itu. Rupanya selama ini ibunya
bekerja sebagai pelayan di rumah yang berdekatan sambil
memerhati anaknya. Apabila anaknya dah berjaya, dia membuat
keputusan untuk pulang ke kampung dan menghabiskan sisa-sia
hidupnya di sana.
-Final scenenya ialah Hidetaro mendukung ibunya dibelakang
dan berjalan ke tempat yang ingin dituju ibunya. Dia tinggalkan
segala kemewahan dan kejayaanya di kilang itu dan hanya
mahukan ibunya sahaja.... dan aku pun menangisla bagai
batang paip terbuka..sedih woo.. ketaatan seorang anak..
>>waaahh panjangye sinopsis lol