Anjing Itu
Anjing itu kurus kelabu
Lidah terjelir nafas termengah-mengah
Menjaga istana tuannya yang gemuk
Patuh setia, menerima dan menyerah
Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya mendayu-dayu
Bukan kerana ada musuh
Tetapi minta makanan, perutnya lapar
Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.
Anjing itu, tidak dibebaskan
Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.
Anjing itu, bila perlu, diperah
Bagi menjaga keselamatan tuannya
Menjadi binatang lindungan desakan luar
Dan himpitan dalam
Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan
Hanya menanti rahim tuannya
Cebis-cebis roti kering
Dan tulang-tulang tak berdaging
Itulah jadi makanan, dan hidup jadi
Alat kesenangan manusia jahat memperhambakannya.
Siapa anjing
Hanya binatang setia.
3 Jun 1950.
---------------------------------------------------------------------------------------
Usman Awang masih lagi penyajak kegemaran saya. Baca saja sajak di atas, bagaimana beliau menggambarkan keadaan seekor anjing yang digunakan oleh tuannya, tapi diabaikan kebajikannya.
Semasa saya mencari gambar anjing di googleimage untuk diletakkan disini, meruntun-runtun hati ini melihat gambar2 anjing yang didera oleh mereka yang digelar 'manusia'.
Ya, saya Muslim. Ya, saya tidak digalakkan menyentuh anjing dan jikalau saya menyentuh mereka, saya wajib menyamak tangan saya dengan membasuhnya sebanyak 6 kali air tanah dan sekali air mutla'. Tapi, adakah saya benci anjing? Tidak. mereka hamba ciptaan Allah Tuhanku dan mereka juga perlukan simpati dan kasih sayang. Cukup-cukuplah mendera anjing...
No comments:
Post a Comment
we're all calm, rational people rite?